Kek Viral Fruit Pastry Cake | Resepi Fruits Pastry Cake Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

By LiNa_Pg - Tuesday, October 23, 2018

Assalamualaikum...
Terjebak jugak dengan kek viral ni Fruits Pastry Cake.Orang lain dah kaya raya dengan hasil jualan kek ni, dapur TMK baru terhegeh2 nak buat hehee.Kek Fruits Pastry ni saya kelaskan sebagai kek yang kos tinggi.Aduhai ambil saja buah-buahan untuk hiasan itu saja pun dah RM30++ yea la kan buah yang digunakan jenis imported mestilah mahal.Buah peach pun dah RM10++ setin, blueberry sebekas kecil RM10++, strawberrys pulak kalau yang Korea agak mahal RM10++ kalau yang Cameron Highland okey murah siket tapi buahnya agak masam dan bersaiz kecil.
Pada saya kek ni sangat sedap.Rasanya seakan cheese cake, tektur padat, rasa masam manis dan bila makan tergigit buah-buahan tu memang sedap.
Kalau dilihat pada resepinya seakan sama seperti kek butter biasa jer, cuma da yogurt sahaja.Kek ni agak berat ya..sebab buah-buahan tu jenis berair.So bila siap dibakar kek akan moist dan sedap.

 Amacam tergoda tak tengok Fruits Pastry Cake ni.Sedap sungguh baq ang.
 Yang 1st attemp...Guna buah stoberi, peach dan blueberry.Buah kena susun rapat2 dan JANGAN TEKAN letak camtu jer...Saya letak terlalu padat ni sampai overlap each other..sebenarnya nak kasi abes semua buah.Tapi masih banyak lagi bakinya
Yang ni kali kedua saya buat..Buah stoberi ada siket jer sebab dah lembek dalam peti ais.Letak kiwi lak sebiji.

Resepi Fruits Pastry Cake ni sebenarnya hampir sama jer antara satu sama lain.So, korang boleh guna mana2 resepi.Kalau ada beza tu hanya beberapa gram.Kalau nak guna resepi yang saya olah di bawah ni silakan..Cuma sudi-sudikan bag credit link ke blog TMK yea....Saya dah bersara dari dunia baking.Mayb untuk raya jer akan ambil tempahan.So, resepi ni saya wakafkan di sini


RESEPI FRUITS PASTRY CAKE MUDAH DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan (Sukatan cawan dan sudu metrik)
  • 125g pure butter (suhu bilik)
  • 1  cawan gula kastor 
  • 3 biji telur gred A (suhu bilik)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 100g yogurt (LiNa Pg guna Yogurt Greek)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 1 sudu kecil oren sunquick
  • 1 sk esen vanila
Bahan Lain
  • Buah Peach
  • Strawberry
  • Blueberry
  • Kiwi

Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Kemudian ketepikan
  2. Putar mentega ,gula kastor dan yogurt hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan masukkan esen vanila dan oren sunquick putar lagi
  4. Perlahankan speed (atau boleh juga guna kaedah kaub balik guna spatula sahaja) Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.Gaul rata sahaja jangan over mix
  5. Sediakan loyang 8x8in / 9x9in.Oleskan dengan butter dan baking paper.
  6. Tuang adunan kek tadi dan ratakan ke dalam loyang
  7. Susun buah2 di atas kek, jangan tekan buah..sekadar susun di atas sahaja.Susun rapat2 antara satu sama lain
  8. Bakar kek sehingga masak.LiNa Pg bakar selama sejam 10min.Suhu 150'C (bergantung kepada oven masing2)
  9. Setelah kek masak, biarkan sejuk terlebih dahulu dan boleh dtabur dusting/snow powder atau boleh juga tabur icing sugar.Tapi kami lebih suka yang plain sahaja.
  10. Selamat Mencuba.
Petua dan Tips Menghasilkan Fruits Pastry Cake Yang Sedap Dan Cantik
  1. Untuk buahan segar, potong dan toskan airnya terlebih dahulu atau lap dengan kitchen towel sebelum susun di atas kek.
  2. Semasa proses membakar kek, jika kelihatan permukaan kek agak garing, boleh tutup dengan aluminium untuk mengelakkan buah2an menjadi kering.LiNa Pg skip step ni sebab tengok kek ok jer takde hangus pun...Yang penting letak rak tengah...selamat....Okey selamat membaking.
Nota tambahan
Simpan kek semalaman (dalam peti ais) supaya kek lebih moist dan potongan kek menjadi kemas.Jus dari buahan akan meresap ke dalam kek dan rasanya menjadi semakin sedap dan padat.

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. salam kak..memang sedap kek ni..aritu masa gi Penang umah anak sedara, dia ade buat..kek dia x manis sangat dan seimbang rasa dengan buah masam2 tu...kos dia mmg agak mahal sket sbb buah2 dlm tin tu kan... fresh fruits pun harga blh tahan jugak.. utk makan sendiri, mmg berbaloi..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. betul tu rasa masam manis dan moist buat kek ni sedap kan. kos mahal siket ttp mata sbb nak makan sedap punya pasal hahaaa..

      Delete
  2. sedap kan.. first time buat, terus jatuh cinta. Tapi memandangkan kosnya yg agak tinggi, mmg tak boleh buat selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap kan... fefeling minum petang orang have² jer hahaaa... Buan² tu yg buat kek ni mahal. tambah pula kalau guna pure butter.. mahalnya bertingket²

      Delete
  3. Lina, cantik kek ni tapi harga beries2 tu mahal. Sekali sekala OK lah kalau teringin nak makan kek yang hebat ni. Kek ni boleh simpan pada suhu bilik ke atau Lina simpan dalam fridge?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sekali cuba pun ok la dapat merasa. Nak beli lagi mahal.
      Saya simpan dalam peti ais PH sbb buah² tu xtahan pada suhu bilik

      Delete
  4. Wah! Dah ada fruity pastry cake di sini rupanya...sedap tu. Saya tak sempat buat, teringin cuba ari tu main order jew heheeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak amie masam manis.. sesedap rasa. .ala² cis kek.. Sesuai la minum petang acah² orang have² hehee.

      Delete