Assalamualaikum....
Bersiaran di hari minggu....Dah saraoan ke belum tu?Ke datang mencari idea nak masak sarapan pagi untuk keluarga tersayang.Kalau masih belum ada idea, apa kat buat sesuatu yang ringkas sahaja.Sesimple Roti Sardin Gulung ni.Walaupun ringkas tapi mengenyangkan jugak.Mampu bertahan hingga tengahari ni.Kebiasaannya Roti Gulung ni orang buat sekadar lenyek sardin dan masukkan bawang mentah, letak limau siket kan?Tapi saya lebih prefer yang ditumis sekejap.Lebih sedap pada tekak saya dari yang makan mentah mcam tu.Terpulang citarasa masing-masing ok.Asalnya saya nak buat video tapi sebab nak cepat saya just snap step by step jer.Ok jom kita semak resepi.Sat lagi boleh buat terus untuk anak2.Kalau nak buat bekal ke sekolah pun sesuai jugak ni
Roti Gulung Sardin versi jimat cermat.Roti pun potong 2 hahahaa..Bukan apa saya goreng dalam pan kecil senang siket nak handle bila kecik macam ni.Nampak cute plak
Untuk lebih jelas.Boleh refer gambar di atas ni.Mudah kan?Ramai dah yang tahu.Lainnya siket sebab saya tumis terlebih dahulu
ROTI GULUNG SARDIN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
- Roti putih secukupnya
- 1 tin kecil sardin (LiNa Pg guna Adabi)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- Secubit garam
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- Bread crumb/serbuk roti secukupnya (kalau tak ada boleh skip)
- Minyak
Cara-Cara
- Panaskan minyak (anggaran 1 sudu besar) tumis bawang putih hingga garing.
- Masukkan sardin (bersama kuah) dan lenyek sedikit (LiNa Pg lenyek kasar sahaja sebab suka tektur ikan sardin yang masih berketul)
- Gaul rata dan masukkan sedikit garam.Dah siap.Masukkan inti ke dalam bekas.Biar sejuk sedikit.
- Sementara itu, gelek/canai roti putih dan buang bahagian tepi.
- Letakkan sedikit inti sardin dan gulung roti.Sapukan bahagian hujung roti dengan telur (sebagai gam supaya tidak terbuka masa goreng.
- Buat hingga habis semua roti dan inti.
- Celup roti ke dalam telur dan golek/salut dengan serbuk roti.Pastikan semua bahagian bersalut rata.
- Panaskan minyak, goreng api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
- Roti Gulung Sardin sedia dihidangkan.Enak dimakan panas-panas.Selamat Mencuba
0 comments