Assalamualaikum....
Hari ini hujan sejak awal pagi lagi hingga sekarang masih belum ada tanda2 berenti.Mavam hujan musim banjir.Kalau hujan perut lapar...dah ada ide ake tu nak masak apa untuk hari ini.Okey saya kongsikan idea untuk juadah hari ini.Asam Pedas Ikan Nyok Nyok, Sambal Sotong, Sayur Kubis Goreng Cendawan Tiram dan Ayam dan Ikan Goreng.Simple2 jer hidangan kami.Takdelah penuh meja.Sebab tak ramai.Kadang2 tu satu lauk berkuah, sayur dan telur dadar jer.Buntu jugak tak tahu nak masak apa..Resepi ni semua ulang siar jer...
Serba ringkas asal ada kuah,ada ayam orait la tu heheee...Asam Pedas Nyonya bila sejuk sedikit kuahnya makin pekat.Saya snap terus lepas siap masak.Kalau perangat lagi sedap.Hampir sama dengan Asam Pedas Melaka cuma yang tak ada rempah.
ASAM PEDAS NYONYA
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.comSumber : Chef Florance Tan
Bahan-Bahan:
4 keping ikan tenggiri (kali ni guna ikan nyok2)
1 kuntum bunga kantan - belah 2
sedikit daun kesum
Air asam jawa secukupnya
1 kiub ikan bilis
8 biji kacang bendi
1 biji buah tomato (belah 4)
minyak utk menumis
garam dan gula/perasa
Bahan Kisar:
5 sudu besar cili kisar
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
sedikit belacan (LiNa Pg xletak)
Cara Membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya.
Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.
Renehkan sebentar hingga kuah agak pekat
Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum dan tomato
Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.
Untuk Resepi Sambal Sotong ada youtube jugak.Resepi sama jer ulang2 hahaaa
Sayur kobis tu campak2 jer...korang reka sendiri la..Malas nak menaip hehee...Ayam goreng tu saya letak serbuk kunyit, garam dan serbuk kari siketttttt..Itu jer.Biasa2 jer
0 comments