resepi ayam kam heong mudah dan sedap

By LiNa_Pg - Saturday, March 25, 2023

 Assalamualaikum...

Hai semua dah ada idea ke untuk masak juadah berbuka nanti?Kalau belum ada dannnn anak-anak merupakan penggemar tegar ayam (macam anak-anak saya 😜 )bolehlah cuba ayam masak kam heong ni.Walaupun dah banyak kali juga buat resepi kam heong pernah guna ketam, udang juga tapi kali ini saya ada buat video untuk YouTube jadi dah ada video haruslah masukkan ke dalam blog juga.Okey tanpa buang masa kita teruskan sahaja ke resepi ayam masak kam heong.

auam kam heong, resepi ayam masak kam heong, cara buat ayam kam heong, idea lauk berbuka puasa,
cili padi tu sekadar memeriahkan suasana hehe

resepi ayam masak kam heong mudah dan sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
10 ketul ayam 
3 ulas bawang putih (kisar/chopped)
1 sk udang kering (kisar/chopped)
7 ulas bawang merah (kisar/chopped
1 batang serai (ketuk)
2 tangkai daun kari
1 sb serbuk kari ayam
3 sb sos tiram
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
3 sb kicap lemak manis
1 cawan air
Bawang besar (hiasan)
cili merah (hiasan)
cili padi (hiasan)
serbuk kunyit
serbuk cili
serbuk kari
sedikit tepung jagung
Garam
serbuk lada sulah 
Minyak

cara-cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili dan tepung jagung.Gaul rata dan perap selama 10minit.
  2. Panaskan minyak goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit sekadar untuk menumis.
  3. Tumis serai yang telah diketuk bersama bahan kisar/chopped.Lina pg guna mini chopper [kalau nak beli boleh tgk di post sebelum ni ayam masak thai ada link ke TikTok SHOP saya (malina lina pg)]
  4. Tumis hingga agak garing, kemudian masukkan daun kari, serbuk kari ayam, tumis hingga pecah minyak (semasa menumis serbuk kari boleh juga kalau nak masukkan sedikit air (jika takut tumisan hangus) tapi lina pg tidak masukkan air, cuma tumis api kecil sahaja).
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan kicap lemak manis, gaul sebentar.Kemudian masukkan air.Kacau sekejap dan biarkan kuah mendidih.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi.Gaul rata dan akhir sekali taburkan sedikit serbuk lada sulah.Tutup api dan ayam masak kam heong sedia untuk dihidang.Untuk video tutorial, tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Nampak sedapnyer
    Bolehlah masuk senarai menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah wak bahan pun senang je.. yang selalu ada kat rumah

      Delete