resepi cocktail buah paling senang dan sedap | koktail buah campuran sesuai untuk buka puasa dan hari raya

By LiNa_Pg - Sunday, March 26, 2023

 Assalamualaikum...

Hai semua hari ini saya nak kongsikan satu resepi juadah minuman yang sangat mudah, cepat disediakan dan sangat sedap.Resepi cocktail buah ini sesuai untuk berbuka puasa dan juga hidangan hari raya.Kalau nak buat untuk buka puasa, buat last minute pun masih sempat sebabnya kita cuma campurkan semua bahan sahaja.Sejukkan dan bolehlah dihidang.Soalan paling femes di TikTok, tak manis ke?tak manis sangat ke?alahai dalam resepi ini saya cuma masukkan 3 sudu besar susu pekat manis je pun.Manisnya sekadar balance sahaja bila ais mula mencair rasanya cuma sesedap rasa je.Lainlah kalau kuantiti susu pekat dimasukkan sampai satu tin hehehe.Lagipun apa yang susah, kalau rasa manis, tambah je la air atau susu cair...haaa setel masalah.

Okey untuk resepi koktel buah ni saya guna laici dalam tin, kalau nak guna longan pun boleh juga tapi selalunya longan akan manissss sedikit berbanding laici dan satu lagi saya tidak menggunakan ais krim soda, kalau nak masukkan ais krim soda, pandai-pandailah adjust kemanisannya.Kalau nak guna nata de coco boleh tak?Boleh je tak jadi masalah.Saya guna sumi jelly sahaja.Tapi pastikan pilih yang jenis tak berair tu ye.Saya guna yang macam pudding tu warnanya kesusuan siket bukan jenis jelly yang transparent tu.Kalau guna yang transparent tu nanti bila masukkan ke dalam susu rasa dia macam ubat demam budak-budak 😆 (bagi sayalah haha)

resepi cocktail buah, cara buat koktel buah, resepi koktel buah, koktail buah mudah dan sedap, resepi koktail buah malina lina pg,
bahan-bahan jelas kelihatan dalam gambar ni cuma susu cair (+sedikit susu pekat manis),laici, pudding sumi , cocktail buah dalam tin dan ais.Itu sahaja

cara buat cocktail buah campuran
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
  • 1 tin susu cair
  • 3-4 sudu besar susu pekat manis (boleh kurangkan/tambah)
  • 1 tin buah laici
  • 1 tin cocktail buah campuran
  • 2 paket puding sumi (boleh tambah/kurang)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Campurkan semua bahan, kacau rata sejukkan sebentar.Sedia untuk dihidang.Untuk video tutorial, sila ke YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments