Wednesday, July 17, 2013

Puding Trifle

Assalamualaikum...
Puding trifle sebagai pemanis mulut untuk berbuka.Sangat simple..teringin mencuba dipersilakan.Arini malas nk mengarang huhu..
wat dalam bekas ni senang nk makan..amek sorang satu hihi.Ada belen lagi sket..boh dalam casserol lak.

RESEPI PUDING TRIFLE
By : LiNa Pg

Bahan A (Lapisan Kek)

  • Swiss roll secukupnya
  • Air dari jus koktel

Cara-Cara:

  1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
  2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

Bahan B (Lapisan Kastad)

  • 1 cawan rata tepung kastad
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
  2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
  3. Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.Sejukkan sebentar.

BAHAN C (Kristal Jelly)

  • 1 paket crystal jelly barnd nona

CARA

  1. Tuangkan serbuk kristal jelly ke dalam periuk , masukkan air (mengikut sukatan di belakang paket tersebut).Kalau brand nona 400ml.
  2. Kacau hingga larut.
  3. Curahkan ke atas lapisan kastad.Tuang dengan perlahan2 supaya lapisan kastad dan jelly tidak bercampur.Sejukkan sebentar sebelum didinginkan ke dalam peti ais

20 comments:

Mek Onie said... Balas

puding triffleeeeeeee,peberet kita :D

Acik Erna said... Balas

assalam lina..cantiknya puding trifle lina..acik pernah cuba buat ni..sekali jadi lembik..sekali jadi keras..nak kena cuba dan ikut betul2 resepi lina ni..tima kasih lina

LiNa_Pg said... Balas

@Mek Onie
my peberet too

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm acik, saya suka yg tak keras n tak lembek sangat, yg sedang2 saja...(cam lagu iwan dangdut lak hihi)

Amie said... Balas

Simple dimple.. tapi cantiknya double!

Gee® said... Balas

Mengancam..!!!

Azian Nd said... Balas

sesuai betul utk berbuka...

EmbunRosaliza said... Balas

Sedap utk buka posa ni, kek tak ada , lain2 bahan semua ada, kat umah akk laku puding ni anak2 suka

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
hehe biasalah simple dimple cam orangnya jugak

LiNa_Pg said... Balas

@Gee®
:)

LiNa_Pg said... Balas

@Azian Nd
memang sesuai..tambah lak yg sejukkk

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
kak rosa, tadak kek wat 2 layer bukan trifle..tp ok gak tuh

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

bestnyer berbuka ada dessert..
kat rumah kalau buat dessert kurang laku.. anak2 tak suka sgt.. tp kalau kuih2 masin/pedas laju je...

tun_telani said... Balas

Salam kak lina :) sedapnyer!! tun pun ada beli fruit cocktail nk wat trifle.. xterbuat lagi.

mama sara nur said... Balas

assalam lina
emmm sedap makan desert time berbuka
akak baru ambil resepi puding karemel awak he hee tqq

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
Dezet ni kadang2 ada kadang tadak pun.Tengok ssempat ke tak, kadang malas yg lebih.Anak2 sy suka kalau puding ni.Kuih tradisional tak bape reti makan lak..

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm, kak lin apun lama beno peram koktel n kristal jeli tuh...
Alhamdulillah dah selamat dah hihi

LiNa_Pg said... Balas

@mama sara nur
wslm, sedap kalau dapat dezet time buka, pemanis mulut ler katekan hihi.
Terima kasih nuri sudi cube rcp puding karamel tu..harap kena ngan taste

Cida de' Nuanza said... Balas

hamboi...hamboiii...jiwa kacau plak tgk puding trifel nih...

nea lopah said... Balas

dah lama nak buat trifle ni, tapi tak terbuat2 jugak. tq share resepi. nanti saya nak cuba jugak lah.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...