Sunday, July 14, 2013

Siakap Stim

Assalamualaikum...
Apa khabar semua?Masih tercari-cari juadah untuk berbuka?Hurm..kalau ada ikan siakap dalam peti ais bolehlah mecuba Ikan Siakap Stim ni.Menu sihat untuk seisi keluaga.Bulan puasa ni, jangan ingatt nk yg sedap saje, kena pikirkan juga menu sihat hehehe.Apa pun kesihatan mestilah diutamakan.Kali ni saya buat siakap stim letak sekali ngan sayur2, so tak yah masak sayur dah.Senang kije.Memang dasar la kana hahaha.
Selalu lupa nk letak hirisan lemon/limau nipis kata atas ikan pas siap masak.Chef2 kata kalau menu ikan, mesti/wajib hirisan limau/lemon kata atas sebelum menghidang.Takpelah bukan masyk masterchef pun kan 

SIAKAP STIM
By: LiNa Pg
Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana) cuci bersih, lapkan dengan kitchen towel
  • 1 biji lemon/limau nipis
  • 2 ulas bawang merah (hiris)2 ulas bawang putih (hiris)
  • Sedkit sayur-sayuran (LiNa Pg guna brokoli dan mixed vege)
  • 3 batang serai (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi
  • 1 cm halia (mayang)
  • Tomato/Tomato ceri
  • Sedikit garam
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 2 sb sos ikan
  • Sedikit minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam dan perahkan jus lemon ke atas isi ikan (lina pg guna sebelah lemon).Lagi sebelah lemon diperahkan ke dalam kuah
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, serai dan halia hingga wangi dan sedikit layu (jangan sampai garing)
  3. Masukkan air, tomato, mix vege, cili merah, jus lemon,juga kiub ikan bilis dan juga sos ikan.Biarkan mendidih sebentar.Jangan letak garam sebab ikan dah diperap ngan garam
  4. Masukkan ikan dan juga sayur brokoli dan cili  padi.Sesuaikan rasa.Tambah garam/perasa jika perlu.Renihkan sebentar hingga ikan masak.Tutup api

10 comments:

Cida de' Nuanza said... Balas

mmg best berbuka atau saur ngan siakap ni
kalo order kat kedai, sgt le mahal
padahal, x byk mana pun bahannya

LiNa_Pg said... Balas

@Cida de' Nuanza
Memang betul, kalau makan kat kedai memang mahal..kos tak seberapa pun..berbaloi buat sendiri.Lagipun senang ajer kan

Kenari Putih said... Balas

Simplenya resepi. Boleh buat next week.. ;D saya ni tak rajin masak... Simple2 mcm ni mmg saya suka ;D

LiNa_Pg said... Balas

@Kenari Putih
Saya suka yg simple2 jer.Cepat dan sedap hehe

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam kat umah akk ada 3 ekor lagi ikan siakap, tapi la ni anak2 tak nak mkn ikan langsung, ayam je tau nak huhu, hari tu msk siakap kari akk n along je mamam nya huhu.

Nnt boleh buat ni la pulak

yana said... Balas

salam..thx Lina..suka style awk..simple dimple..sy ni x berapa sihat..tp anak2 n suami kena jaga juga..esp anak2..depa kan letih posa..dekat sklh..blk ni nak cubalah..rasa mcm terbuka selera bila dpt lauk2 mcm ni..thx for the idea!

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm, budak2 kat umah ni, kalau ikan stim kat kedai tak bape nk makan sangat sebab tak rasa garam kat ikan kata depa haha..
Bila buat sendiri mama depa lumur garam terus kat ikan tu, lebih terasa lah garamnya..makan la pulak

LiNa_Pg said... Balas

@yana
wslm, sekadar berkongsi idea..selebihnya terpulang kepada selera masing2 nk lebih masam,ada yg suka pedas.Bg kami seadanya jer..janji ada masam, masin n pedas manja2..kira okey la tu

Zubaidah Japri said... Balas

Asskm thanks for sharing the resepi

Aisyah Ghazi said... Balas

Thanks admin for the share. I dh try dh recepi u. Menjadi and sedap. I suke. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...