Tuesday, July 16, 2013

Tenggiri Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum...
Hari ni menu simple jer, ikan goreng ajer ya.TV sangat mempengaruhi saya haha, hasil menonton Ketuk2 Ramadan, terus saya buat Ikan Tenggiri goreng ni.Tapi disebabkan saya tidak menonton hingga tamat siaran jadi hasilnya sekerat jalan.Tak tahulah Sheila Rusly wat apa ngan ikan tenggiri dia sebab dimasak bersama nasi beriani.Walaupun resepi tak complete tp sedap Tenggiri Goreng Berempah Beriani ni, tambah lak ada mayonis memberi sedikit impact masam.Semoga dapat memberi sedikit idea kepada suri rumah untuk juadah berbuka atau untuk bersahur.Sedap makan time panas2
Digoreng2 garing2 memang sedap...Tapi kena goreng last minit ya..makan time panas ngan nasi panas memang sedap

RESEPI TENGGIRI GORENG BEREMPAH BERIANI
Sumber : Ketuk-Ketuk Ramadan
Sumber : LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 4 ketul isi ikan tenggiri (cuci bersih dan lap dengan kitchen towel)
  • Sedikit jus lemon
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1-2 sudu besar mayonis
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara:
  1. Perasakan isi ikan dengan kiub ikan bilis dan jus lemon
  2. Lumurkan dengan rempah beriani dan juga yogurt
  3. Gaul dengan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk
  4. Perap selama setengah jam.Kemudian goreng hingga garing

7 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Simple tapi sedap, dgn manisnya isi ikan tenggiri serta masam dari mayonis dan lemon tu , Kalo msk masa sahur pun boleh bertambah nasi ni heheh

Liza said... Balas

perghh, cicah pulak dgn sambal belacan...hihihi

JaSSNaNi said... Balas

assalam..
mesti wangi satu rumah kalau masak letak rempah kan.. sedap lah.. nanti boleh buat juga kat ikan2 lain pun kan..

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Kami pun wat 2ketoi untuk buka, 2 ketoi untuk sahur.Goreng garing sket, makan panas2 memang sedap..
Yang sahur lagi sedap sbb perap lama hihi

LiNa_Pg said... Balas

@Liza
Ni tak ingat nk cicah apa dah Liza..makan gitew ajer..kalut nk buka hihi

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
wslm..rasanya apa2 ikan jenis isi camni boleh buat kot

tun_telani said... Balas

salam kak lina.. tun kalau ikan yg goreng garing2 ni lajuuu je mkn.. cukup ada sambal kicap yg pedas2. xtgk lauk lain dah.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...