Thursday, August 30, 2018

Juadah Raya Haji (Nasi Beriani , Kambing Gulai, Ayam Karipoley)

Assalamualaikum....
Masih lagi n menu raya..bertabahlan la hahaa...Baru sempat nak update.Tapi gambar dalam periuk jer..Tu pun snap lps siap masak..yang dah hidang langsung tak snap.Bz sunggu pagi raya sampai terlupa nak photoshoot.Lagipun menu sama jer ulang2..tak tahulah kat umah ni suka sangat set 3 serangkai ni Nasi Beriani, kambing Gulai Bawang dan Ayam Karipoley..cuma raya ni ada additional Rendang
      Untuk respi klik pada nama menu
  1. NASI BERIANI
  2. AYAM KARIPOLEY 
  3. RENDANG DAGING 
  4. RENDANG HATI AYAM (yang ni LiNa Pg mengelat guna perencah Rendang Adabi sebab nak abeskan hati ayam (Kannn stok banyak kat umah yg ditaja oleh Adabi hihi)
  5. KAMBING GULAI BAWANG 
  6. KETUPAT PALAS/DAUN PISANG (Refer n3 sebelum ni spesel dia sorang ada n3 sendiri)


Tuesday, August 28, 2018

Ketupat Dakap (Ketupat Daun Pisang )Menu Raya Haji

Assalamualaikum....
Baru berkesempatan untuk tepek gambar ketupat...Ketupat ni buat untuk makan2 kat rumah ni masa raya haji mggu lepas.Tercipta sejarah 2018 ni kami buat pertama kalinya beraya di perantaun huhu..biasanya raya haji kami tetap balik kg jugak walaupun terpaksa bergegas pulang ke sarang petang raya.Tapi tahun ni memang tak dapat nak balik sebab abang long ada kelas..cutinya cuma sehari (pada hari raya sahaja)ditambah pula dengan si abah yang baru bekerja tu cutinya pun tak seberapa.So,kami berayalah di Penang ni.Alhamdulillah meriah jugaklah sebab hari raya tu ada 2 orang adik saya beraya di Penang jugak dan en.husband ada jemput kawan2 sekerjanya datang beraya.Meriah jugak dari pagi hingga 5.30pm...syukur ada yang sudi bertandang dan menjamah hidangan yang disajikan.Nanti saya kongsikan apa hidangan raya aritu.Hari tayang ketupat jer dulu.
Plan asal nak buat Ketupat Palas tapi sebab rasa terlalu lama untuk membalut (Sebab saya kurang mahir) tambahan nak buka daun (palas) pun satu hal berjam2..adoi surrender la...Nasib baik ada standby siket daun pisang...lebihan buat props noodle aritu.Terus tukar balut guna daun pisang...Tak cukup la pulak daun pisang tu...terus roger en.suami minta belikan lepas balik kije..Alhamdulillah cun2 maghrib baru siap balut...rebuslah ketupat sampai ke mid night...Ketupat yang direbus ni tahan lebih lama berbanding dengan yang dikukus tau.Alhamdulillah tetamu saya suka ketupat ni..ada satu keluarga Indonesia (kawan husband) anak2 dia sangat sukakan ketupat ni..Katanya tak ada di Jakarta..dia pestaim makan masa di Bintang (saya pun xtay daerah mana ni)Berbaloi buat penat2 sampai malam..bila makanan kita disukai oleh tetamu.
Gambar ni saya snap guna hp jer.Penyakit M sungguh la nak keluarkan kamera huhu...
RESEPI KETUPAT PALAS DAN KETUPAT DAKAP 
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
BAHAN-BAHAN: 
1 kg beras pulut. 
700-750ml santan pekat 
2 sb gula 
secubit garam (lina pg letak 1sk) 
Daun pisang / daun palas
tali rafia (untuk mengikat ketupat) 

CARA-CARA: 

  1. Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering.Kemudian kukus selama 20-25min(Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu)
  2. Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup.Ketepikan sebentar.
  3. Setelah pulut naik wap, Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.
  4. Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit) Sejukkan sebentar 
  5. Sementara itu, layurkan daun pisang atas api dapur supaya tidak mudah terkoyak semasa proses membalut ketupat.Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh.
  6. Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.
  7. Selesai membalut, masukkan ketupat ke dalam periuk yang agak besar, masukkan air sama paras dengan ketupat dan rebus hingga air kering.
  8. Proses ini memakan masa yang agak lama jugak (LiNa Pg rebus ~3jam) note: LiNa Pg alas dasar periuk dgn lebihan daun pisang/daun palas supaya ketupat tidak hangus di bahagian bawah

Monday, August 27, 2018

Resepi Mee Bandung Sedap Guna Mee Homemade

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Isnin.Hari ini anak2 dah mula bersekolah.Segalanya kembali kepada normal rutin.Okey hari ni saya nak kongsikan Resepi Mi Bandung, guna mi homemade lagi sedap...diyakini bersih dan suci.Sejak dua menjak ni rajin benar buat mee heheeee....ya lah kan ada mesin mee..senang kije..masuk tepung, masuk air..tunggu jer mi keluar.Kali ni saya mengelat sikettt jer untuk membuat Mee Bandung ni saya guna perencah Mee Adabi.Kan dapat hamper aritu..kita guna ajerlah sangat memudahkan kerja.Kalau nak tengok resepi Mi Bandung yang 100% from scratch boleh refer SINI
Maaf lah gambar ni saya snap guna HP jer..dah la dekat nak senja dah pun..Malas nak snap beriya
Mee Homemade buat guna Pensonic Noodle Maker.Kalau nak beli boleh beli melalui estore pensonic (fb)
Masukkan kod Lina5PNM
untuk claim hadiah (freegift)selagi stok masih ada
RESEPI MEE BANDUNG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Sedikit udang kering (rendam dalam air panas)-kisar
1 labu bawang besar-kisar
3-4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
1 paket kecil perencah Mee Goreng Adabi
2 ketul dada ayam (dadu kecil)
Udang (terpulang nak letak banyak mana)
Telur (4-5 biji)
Fishball dan fish cake (secukupnya)LiNa Pg celur sekejap
Stok udang (air rebusan kulit udang)/Air biasa
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Sedikit nisan keret/gula melaka
1 kiub ayam
2  biji ubi kentang/keledek (rebus dan lecek halus)
Sayur sawi (LiNa Pg asingkan bhgn batang dan daun)
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing
  2. Masukkan pes perencah Mee Goreng Adabi (Kalau tak ada masukkan 3-4 sudu cili giling).Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan dada ayam yang dipotong kecil.Kacau sebentar untuk kecutkan isi ayam.
  4. Masukkan stok udang (air rebusan kulit udang) biarkan kuah mendidih.Masukkan batang sawi (bhgn ni keras sedikit kena masak lama)
  5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, gula nisan/gula melaka dan kiub ayam.
  6. Masukkan ubi keledek/kentang yang dilecek halus.Kacau rata.
  7. Masukkan udang dan telur (satu persatu).Biarkan sebentar hingga telur 'set' sedikit.
  8. Masukkan fish ball dan fish cake (LiNa Pg dah celur siap2)so masuk last.kalau tak celur masuk awal sedikit.
  9. Akhir sekali masukkan sayur sawi (bahagian daun) tutup periuk..biarkan -2 min hingga sawi sedikit layu.Dah siap
Mee Telur Homemade By Malina LiNa Pg
Bahan-Bahan (cup noodle maker)
2 cup tepung gandum 
1 biji telur+serbuk kunyit/pewarna +air+myk=120ml

Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam noodle maker.
  2. Tutup cover
  3. ON - Springy Noodle+Confirm
  4. Proses (kneading 3min - rest 7min- extrude)semuanya secara automatik..Tunggu mi keluar jer ok
  5. Rebus mi sekejap (ikut saiz mi) pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan mi
  6. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Lalukan di bawah air paip supaya mi benar2 sejuk.
  7. Toskan dan letak sedikit minyak.
  8. Sedia dihidang bersama Kuah Mi Bandung.

Tuesday, August 21, 2018

Terima Kasih Adabi

Alhamdulillah...Rezeki dekat2 nak raya ni, dapat hamper dan periuk Tefal besar gedabak dari Adabi Consumer.Rezeki tepat pada masanya.Dalam hamper tu ada pelbagai barangan masak2 termasuk ketupat nasi dan pes Rendang..sedang elok lah kita kendurikan untuk raya haji masak dalam periuk baru hehee...Besar tau 35cm gitu.Suka..suka...Pes mee goreng Adabi tu dah 2 paket selesai kita kerjakan..maklumlah ada mesin mee ni kan..Nak makan mi..masuk tepung haaa..dah siap pun mee..Koyak lak perencah Mee Adabi..siap la.Ya Allah senang kije kita wakkkkk....Hamper ni saya dapat hari Khamis lepas lagi tu yang dah ada yang terguna dah pun....Resepi Mee Bandung pun saya guna Perencah Mee Goreng Adabi jer..senang..Resepi boleh tgk di youtube atau di IG..Kat blog pun nanti update jugak..
 Tefal Intensium 36cm...berserta spatula...besar tau....Hamper tu bukan main banyakkk barangan Adabi dalam tu....sampai tak muat frame la masa susun nak snap gambar.Dah rupa kedao runcit dah ni stok sebulan....Terima kasih Adabi..Terima kasih Tuan Syed dan Terima kasih kak Yatie Kitchen (Duta Adabi)
 Bersama staf Adabi all da way dari Sungai Petani, hand carry hantar hamper ni kat LiNa Pg...Tak main la post2 ni..Hebat kan cara Adabi.Muka tekejut sebab kena bergambar (bukti katanya dia main hantaq heheee)Okeylah muka pesen senyum tak siap..senyum dengan tak mo senyum sama banyak gitu kekdahnya
Posing lagi sebab nak post ke IG bersama hadiah2 yang dimenangi....Walaupun muka control macho  ayu...tapi dalam hati tersangatlah happy.Kalau nak tahu kenapa LiNa Pg dapat semua ni, kena follow kat IG sinun

Friday, August 17, 2018

Kuih Putu Mayang

Assalamualaikum...
Pernah makan Kuih Putu Mayam tak?Kuih Putu Mayang ni makin lama makin hilang dari radar.Tambahan yang versi Kelantan.Kalau Putu Mayam Kelantan ni ada kuah tau...Kuah Serawa yang pekat..lemak2 dan manis2nya sedang2 gitu.Bukan apa sebab si pembuatnya dah cukup manissss..so,kita kurangkan manis dalam masakan...lebihkan manis pada senyuman...Haaa..nampak bersemut skrin laptop ampa hahaaaa...
Kalau kat Penang ni masih terjumpa jugaklah Putu Mayang ni tapi dimakan bersama kelapa parut/nyoq parut naaa dan gula merah..Haa..gitu.Tapi tekak kita ni lebih memilih makan dengan kuah cicah2 gitu baru sedap.Kang ada lak yang tanya LiNa Pg ni orang Penang ke Kelantan?Haaa...saya orang Malaysia maaa....semua pun boleh kih3..
Mesti korang kata ish..ish...rajinnya buat Kuih Putu Mayang ni.Susah tau nak pusing2 mesin untuk keluarkan doh tu.Sakit tangan tau...Huh!Korang ingat si LiNa Pg rajin sangat ka...takde nya beliau tu nak sakit2 tangan pusing2 buat Kuih Putu Mayang secara manual tu...takde gigih sampai tara tu naa...baik dok rilek tengok tv la hahaa...Ni haaa...saya guna alat magik jer untuk buat Kuih Putu Mayang ni...Guna Noodle Maker jer tau.Masuk tepung..ON masuk air...tunggu jer putu mayam tu keluar...then kukus..setel kije.Disebabkan putu mayang ni sangat cepat, so saya buat kuahnya terlebih dahulu..Sedang elok putu mayang ni siap..kuahnya dah suam2 dan pekat..Sedapnya makan Kuih Putu Mayang buat sendiri ni.Senang sungguh la ada Pensonic Noodle Maker ni.Benda yang tak pernah terlintas di fikiran pun boleh buat..resepi Putu Mayam ni saya cuma olah semula resepi Laksa..cuma skip tepung ubi..supaya kuih ni tidak kenyal..so tekturnya sangat lembut dan sedapppp masuk mulut terus ngaib.
 Ya ampun..memang sedap sangat Kuih Putu Mayang berkuah macam ni.Kalau yang ada durian tu boleh buat Serawa durian ok..Resepi Kuah tu saya ada buat video.Tapi tak sempat edit lagi.Korang boleh buat kuah serawa macam biasa..cuma tambah tepung beras 2 sudu besar bagi pekat siket itu jer
ini step ringkas untuk buat Kuih Putu Mayang.Follow resepi Laksa 
Cara Buat Kuih Putu Mayang
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
  1. 1 sudu besar rata tepung gandum+tepung beras dan penuhkan cup noodle maker (kemudian ratakan)
  2. Masuk ke dalam noodle maker, tutup cover
  3. ON mesin..pilih Quick Noodle+confirm
  4. Masukkan air panas 60ml (masuk sedikit demi sedikit)doh akan jadi seperti serbuk roti dan sedikit sahaja bergumpal...seperti laksa.
  5. Dalam masa 3-4min...kuih putu mayang akan keluar dari nozzle..pilih saiz paling kecil
  6. Alas daun pisang dan agak2 la nak letak banyak mana atas sekeping daun tu.
  7. Kemudian kukus hingga masak.Pastikan air kukusan dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Nota tambahan kaedah mengukus mengambil masa yang agak lama..Lebih kurang 20-25min baru masak.
  9. So, LiNa Pg mengelat guna kaedah short cut sahaja iaitu 'teknik ranjau'hahaaa...rebus jer macam buat laksa..haaa  gitu..pandai tak?rebus 1-2 min sahaja..cepat siap sebab kuih putu mayang ni halus jer.
  10. Peringatan..rasa kuih putu mayang yang dikukus adalah lebih sedap...berbanding yang direbus.Terpulanglah nak ikut cara mana...dah makan dengan kuah tu memang heaven betul.
Jika berminat untuk memiliki mesin magik serbaguna ni boleh dapatkan di estore Pensonic
Masukkan kod
Lina5PNM
untuk claim freegift kitchen scale digital (exclusive dari Pensonic) (while stock last)
Tak ada kod..tak ada free gift dan tak ada free postage ke Sem.Mesia.

Thursday, August 16, 2018

Ikan Masak Pindang

Assalamualaikum...
Ikan Masak Pindang atau Singgang Serani.Apa nama pun boleh...singgang kuning2 siket.Kalau masakan macam ni saya panggil pindang sebab kena tumis terlebih dahulu.Kalau singgang tak tumis..main lebur terus ajer.Tak kisahlah apa namanya sekali pun, yang penting sedap hirup kuahnya tu.Kali ni saya guna ikan siakap rasanya macam Kengsom la pulak..cuma takde daunan jer hahaa.Memang sedap tau dan menu ni jugak sesuai untuk orang pantang..tak kiralah pantang bersalin atau anak2 yang pantang bersunat.Tapi kena guna ikan yang sesuai untuk pantanglah.Jangan guna ikan siakap pulak tau..Guna Ikan Bawal Putih, Tenggiri atau apa2 ikan yang tidak gatal dan sesuai dengan badan orang yang berpantang tu.Resepi Ikan Masak Pindang ni saya ada upload di youtube jugak beberapa hari lepas.Boleh refer kat sana.Kalau ada 'lari ' turutan masuk bahan tu tak mengapalah kadang2 masak main campak2 ni tak berapa nak ingat..bahan mana yang buat terjunan bebas ke dalam periuk terlebih dahulu hahaa...Okey jom kita semak resepi.
Ops sebelum ada yang tanya kat IG nanti, baik saya bagitau dulu...resepi menggunakan noodle maker nanti saya akan update kemudian..mengikut giliran.Masih banyak yang tertunggak..Kita selang seli dengan n3 masakan.Bukan apa sebab gambar masakan saya dah tunjuk kat IG ada yang tertunggu2 nak bereksperimen dengan Noodle Maker masing2.Yang dah beli tu boleh mulakan dengan mi basic dahulu, lepas tu laksa, maruku dan koay teow ok..Mi kuning/mi telur nanti akan menyusul kemudian.Boleh cuba yang mana saya dah update resepi..Ikut sukatan betul2 dan InsyaaAllah menjadi...
Panjang lak bercerita pasal noodle maker ni hihiiii...Okey jom kita semak resepi Ikan Masak Pindang ni
Simple jer tapi cukup menyelerakan
IKAN MASAK PINDANG
by Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
2 ekor ikan siakap (saiz kecil - potong 3 bahagian)
1 labu bawang besar (hiris)
5 ulas bawang merah (kisar kasar)
3 ulas bawang putih (kisar kasar)
3 biji cili merah (kisar kasar)
3 hiris lengkuas (kisar kasar)
1 cm halia (kisar kasar)
1 cm belacan (kisar)
1 biji tomato (kisar)
2 batang serai (titik)
1 labu bawang besar (belah 4)
Cili merah dan cili hijau (patah2kan)
Cili padi (terpulang nak letak banyak mana)
Tomato
Kacang panjang
2 asam keping
Garam dan gula/perasa
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan serai hingga wangi.Kemudian masukkan bahan kisar.Tumis sekejap hingga hilang pijar/bau bawang.Tak perlu garing.
  2. Tambah air secukupnya untuk kuah.Masukkan asam keping, garam dan gula/perasa.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.
  3. Masukkan ikan.Kemudian tutup periuk sekejap (~5min)
  4. Masukkan bawang besar (yang dibelah 4),cili hijau dan cili merah, cili padi, buah tomato (LiNa Pg guna tomato ceri) dan masukkan kacang panjang yang dipotong anggaran 3in).
  5. Dah siap Ikan Masak Pindang.Lepas masuk sayuran biar sekejap jer sebab sayuran ni cepat masak.

Wednesday, August 15, 2018

Cara Mudah Buat Koay Teow Homemade

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan cara mudah untuk membuat koayteow homemade.Hasilnya sangat lumayan.Dapat ~1.5kg tau.Saya pun first time buat tak sangka banyak sangat hasilnya.Next time kena buat 1/2 adunan atau 1/3 sahaja.
Koay teow ni saya buat Pensonic Noodle maker jer tau...3min dah pun jadi.Tapi memandai lak guna head dumpling tu..kena potong2 pulak la lepas tu.Kalau u olls nak buat boleh guna head large fettucinne (betul ke idok spelling ni) alaaa..yang bentuk cam koay teow tu la..lebar siket..
Sekarang ni seronok sangat dok mencuba macam noodle yang terlintas di fikiran..sajalah tengah kemaruk mainan baru la katakan heheee...
Kalau u olls nak beli noodle maker ni.Boleh beli sekarang sementara ada harga promosi lagi RM399 sahaja tau...Harga pasaran RM599.Banyak beza tu.Baik beli cepat2 sebelum harga promo tamat..Jangan kata kakak tak payung.Satu lagi nak habaq bagi..noodle maker ni tersangat laku tau..Korang boleh beli kat link bawah ni.Bukan beli dari LiNa Pg tau...saya pengguna jer
Masuk Code (untuk redeem freegift)
Lina5PNM
 Cantik kan putih suci jer koay teow ni...Rasanya pun sedap
Koay teow ni nipis jer..so rebus kejap jer tau...step dia sama macam mi/laksa cuma beza tepung.Nanti saya tulis resepi kat bawah.
RESEPI KOAY TEOW HOMEMADE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Sumber Asal Mamasya 
(Kalau nak buat manual boleh refer ke blog Mamasya, LiNa Pg olah sedikit mengikut kesesuaian capacity Noodle Maker
Bahan-Bahan (sukatan cawan METRIK bukan cup/cwn Noodle Maker)
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1 putih telur+sedikit minyak+air+sedikit garam = 160ml

Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam Noodle Maker
  2. Tutup cover. Pilih Quick Noodle+confirm
  3. Masukkan air dan tunggu hingga koay teow keluar.
  4. Rebus koay teow beberapa min (kejap jer agak2 jer la ek)Pastikan air mendidih terlebih dahulu (letak sedikit garam dan minyak (macam rebus spageti)
  5. Selepas masak, masukkan koay teow ke dalam air sejuk (utk berhentikan cooking proses) alirkan di bawah air paip hingga koay teow betul2 sejuk.
  6. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
  7. Koay teow sedia digunakan utk digoreng atau diolah menjadi makanan kegemaran.Selamat Mencuba.

Monday, August 13, 2018

Ikan Masak Cuka

Assalamualaikum...
Salam pagi Isnin....hari ni nampak cuaca mendung jer..nyaman jer.Tapi ni masih awal lagi..kot2 tengahari siket mentari memancarkan cahayanya..cewah bahasa ngalahkan orang sastera hahaa..Okeylah hari ni kita pits stop sat resepi guna Noodle maker..hari ni saya share resepi lauk pulak.Resepi Ikan Masak Cuka dan buat banyak kali tapi still tepek jugak resepi sebab ada buat video kat youtube sinun.Dah post minggu lepas lagi kat youtube cuma kat blog tunggu Q yang agak panjang.So, korang (ish..cakap Key El la) yang masih belum subscribe Youtube LiNa Pg subscribe cecepat tau.Tak subscribe tak mo kawann ngn ampa hahaaa...
Ikan Cuka kali ni saya guna Ikan Bawal Emas, tapi kalau u olls nak guna ikan tenggiri, Ikan Nyok2 (ambil part isi tu la ya) bawal hitam atau apa2 ikan pun boleh.Kembung pun boleh.Ikan Masak Cuka ni resepinya sangat ringkas tapi percayalaj sekali korang cuba mesti jatuh cinta tau...Rasanya yang masam2 manis tu membangkit selera.Tambahan kalau letak timun dan karot yang rangup krup krap tuh...aduh ratah pun sodap.Kalau nak buat acar masak kekdahnya lebih kurang macam ni lah jugak.Ikan Masak Cuka kali saya tak letak timun sebabnya 'timun balik rumah' lepas ikan dah selesai posing2 dalam periuk.Sabor ajerlah....Besaaaa dia pi berjalan melilau lupa jalan pulang.
Nampak kakak shortcut jer.Masak dalam kuali Shogun, terus posing dalam kuali tu jer...Sempoi jer hahaa...Best arr guna piyuk shogun granite ni.Ni dok ulang2 promote kot la go shop nak hire jadi duta ke hapa ke kan??masyuk jugak tu hahaa...sabor jerlah korang.LiNa Pg bebel hari ni.
IKAN MASAK CUKA
by Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
3-5 ketul isi ikan (apa2 ikan LiNa Pg guna Ikan Bawal Emas)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (mayang halus
3-5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
sedikit biji sawi (LiNa Pg letak hujung sudu jer)
1/4 cawan cuka (atau secukup masam)
1 cawan air
1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
Timun 
Garam dan gula/perasa
Kunyit

Cara-Cara
  1. Ikan diperasakan dengan garam dan kunyit.Kemudian goreng hingga masak.Jangan terlalu garing.Angkat dan ketepikan
  2. Keluarkan minyak gorengan, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris hingga naik bau.Kemudian tumis pula halia yang dimayang.
  4. Masukkan bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji), masukkan biji sawi, tumis hingga garing.
  5. Masukkan cuka dan tambah air (untuk kuahnya)
  6. Masukkan gula dan garam dan sedikit kunyit (jika suka)
  7. Masukkan karot dan timun.Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  8. Sesuaikan rasa.Ikan Masak Cuka kena ada rasa masam2 dan sedikit manis (rasa macam acar).Tutup api..sedia dihidang.
Note boleh tengok youtube version kat sini

Friday, August 10, 2018

Laksa Beras Homemade Dan Resepi Kuah Laksa

Assalamualaikum....
Sakan la haih sejak ada Pensonic Noodle Maker ni kan...sat mi, sat muruku..ni laksa pulak.Bagi penggemar Laksa korang wajib beli noodle maker ni sebab senang sangat nak guna.Secara jujurnya saya bukan peminat tegar atau hantu laksa...Saya makan sekadar makan jer.Kira makan tahap  beli bungkus jer la.Tapi gigih jugak buat laksa beras ni untuk testing capability of Pensonic Noodle House ni.Alhamdulillah keupayaannya terbukti.Laksa dihasilkan dalam masa 3-4minit sahaja DAN ianya sangat cantik..panjang2 dan sedikit kenyal...terasa seperti yang dibeli.In fact lebih sedap...Trust me.Rasa macam tak percaya jer boleh buat laksa sendiri.Lepas masuk bahan tu tercongok dan terintai2 menantikan 'kemunculan'laksa dari corong/nozle tu hahaaa....Bila dah nampak keluar...yippi maka bersorak giranglah si mama dan anak2 hahaaa..kelakar pulak rasanya.
Okey jom saya kongsikan resepi Laksa Beras Homemade by LiNa Pg.Peringatan mesra..Sukatan cawan untuk laksa ini ialah CAWAN METRIK (bukan cup/cawan yang disediakan oleh PNM-01)
 Cantik kan laksa Noodle maker ni..panjang dan warnanya putih.Sedikit tips..lepas laksa keluar dari nozzle tu terus rebus dalam air panas yang mendidih.Kalau biar lama pada suhu bilik, laksa cepat kering dan patah.Kalau terlambat sedikit untuk merebus, tutup laksa yang belum rebus dengan kain tuala lembab (bersih) supaya laksa tidak kering.

Inilah laksa yang ready to eat..sebenarnya plan asal nak buat Laksa Kuah Lemak..ulaman beli untuk laksa kelantan..Tapi bahan laksa utara pulak..Hasilnya laksa rojak..Kuah Laksa Utara..Ulaman laksa lemak..tu daun colgate tak ada..bawang pun lupa nak boh..kalu nak makan punya pasal.Salad pun tak ada terpaksalah si kobis hijau menyamar jadi salad hahaa...Apapun memang terbaik.
Ni jer step mudah untuk buat laksa.Sam seperti mi jugak..cuma beza tepung jer.

Jika Berminat untuk membeli Noodle Maker ni, sila layari

Jangan Lupa Masukkan Kod
Lina5PNM
untuk redeem freegift exclusive dari Pensonic

LAKSA BERAS HOMEMADE DAN KUAH LAKSA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (Sukatan Cawan Dan Sudu Metrik)
2 cawan tepung beras (LiNa Pg guna cap teratai)
2 sudu rata tepung gandum
2 sudu rata tepung ubi
120ml air panas + sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Masukkan tepung ke dalam pengadun.Tutup cover
  2. ON Pensonic Noodle House (Quick Noodle+Confirm)
  3. Masukkan air panas dari tepi (refer gambar no.2)
  4. Tunggu hingga laksa keluar.
  5. Sementara itu didihkan air, rebus laksa hingga masak.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Toskan laksa
KUAH LAKSA
Bahan-Bahan
5 ekor ikan kembung
1 labu bawang besar
10-15 biji cili kering (yang direbus)
seikat daun kesum
2 bunga kantan
4 asam keping
Garam dan perasa

Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan, rebus hingga masak bersama asam keping dan garam.Kemudian asingkan isi dan tulang.Air rebusan jangan dibuang
  2. Kisar isi ikan bersama sedikit air.Masukkan ke dalam periuk.
  3. Kisar pula bawang besar dan cili kering bersama sedikit air.Masukkan ke dalam [eriuk berisi isi ikan tadi
  4. Kemudian kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi.Tapiskan ke dalam periuk.
  5. Masukkan asam keping (LiNa Pg guna pakai asam keping yang digunakan utk merebus ikan)
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Masukkan garam dan perasa.Biarkan kuah menggelegak dan kacau sekali sekali.Reneh hingga pekat.
Note 
Kuah Laksa lebih sedap jika dibuat sebelah malam dan diperangat keesokan harinya.
Boleh tengok cara2 di youtube jugak ok

Wednesday, August 8, 2018

Resepi Muruku Sedap Dan Rangup

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan resepi Muruku yang sedap dan paling senang nak buat.Just masuk tepung..tekan dan keluar Muruku hahaaa..Mudah bukan?Apa lagi kena guna alat magik la..Pensonic Noodle Maker.Senang sungguh la guna benda alah ni..Naik seronok pulak eksperimen macam2..Hari hari pun boleh makan Mi..kali ni Muruku..Next saya share cara buat Laksa homemade pulak ok..tunggu editing dulu.
Okey untuk resepi muruku ni saya guna tepung muruku Babas dan campur tepung pulut..senang sangat

Step mudah..masuk campuran tepung, On jer..masuk cairan (yg ni telur dan santan) 3-4min dah keluar Muruku.Boleh digoreng.Siap
Senang kan?Berminat tak nak beli??
Beli kat sini okey
Jangan Lupa Masukkan code 
Lina5PNM
Baru dapat redeem free gift..Kalau tak guna code..takde freegift okey...(while stock last)
RESEPI MURUKU GUNA NOODLE MAKER
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A(Bahan kering) (cup yang disediakan oleh noodle maker)
1 cup tepung muruku
1 cup tepung pulut
1 sudu besar bijan
1 sudu teh jintan manis (guna yang serbuk lagi senang)
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar serbuk kari ayam/ikan

Cara
Satukan semua bahan.Gaul rata.Ketepikan

Bahan B
2 sudu besar majerin (cairkan)

Bahan C
1 biji telur
sedikit garam (LiNa Pg guna cukuprasa)
Santan secukupnya

Cara
  1. Pukul telur bersama garam/cukuprasa.Kemudian masukkan ke dalam measuring cup (yang disedikan)
  2. Kemudian tambah santan hingga ke paras 120ml (refer ke youtube untuk senang faham)


Cara-Cara Membuat Muruku Guna Noodle Maker
  1. Masukkan bahan A ke dalam Noodle Maker.Tutup cover
  2. On Pensonic Noodle Maker.Pilih 'Quick Noodle' dan 'Confirm'
  3. Biarkan adunan bergaul 4-5 sec.Kemudian masukkan bahan B (majerin cair)
  4. Kemudian masukkan bahan C (telur+santan) sedikit demi sedikit hingga habis.Tunggu hingga muruku keluar.Anggaran 3-4min.
  5. Potong muruku mengikut panjang yang disukai
  6. Panaskan minyak, goreng muruku hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  7. Biarkan Muruku sejuk sepenuhnya.Barulah simpan dalam bekas kedap utara

Tuesday, August 7, 2018

Kuih Gunting

Assalamualaikum...
Pernah dengar Kuih Gunting?Pernah rasa tak? rasa iras2 seperti Kuih Siput tektur lebih keras sedikit berbanding Muruku.Tapi memang sedap buat kudapan sambil tengok tv.Resepi Kuih Gunting ni LiNa Pg dapat inspirasi menggunakan Tepung Goreng Ayam Adabi..so sangatlah mudah...just tambah tepung gandum siket..Jadi dah.Resepi ada kat IG dan jugak youtube.Kalau ada yang nak buat kuih raya pun ok jugak ni sebab kudapan macam ni memang sesuai sangat time raya haji berbanding dengan biskut raya..Rangup, pedas2 manja...sedar2 dah tinggal daun kari jer dalam balang hahaha..Okey jom kita semak resepi.
Nampak sedap kan?Cubalah memang senang dan rasanya pun sedap.Cuma uli dan potong2 jer tu
KUIH GUNTING
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
1 paket tepung goreng ayam Adabi
1 cawan tepung gandum (secukupnya)
1 cawan air 
2 sudu besar majerin (dicairkan)
1/2 kiub ayam
1 sudu besar rempah kari (Ayam/ikan)
Daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Satukan tepung goreng ayam adabi, tepung gandum,serbuk kari dan kiub ayam.Gaul rata.
  2. Masukkan majerin cair.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan air)
  4. Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf.Taburkan sedikit tepung ke atas papan pencanai kemudian canai nipis doh.
  5. Kemudian bolehlah dipotong atau digunting mengikut kreativiti masing2.
  6. Panaskan minyak goreng kerepek/kuih gunting secara berperingkat (goreng sedikit demi sedikit dalam satu masa)Masukkan beberapa helai daun kari semasa menggoreng.
  7. Goreng hingga kuning keemasan (api sederhana).Angkat dan toskan.
  8. Pastikan kuih gunting/kerepek benar2 sejuk.Kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.Selamat Mencuba.Untuk video boleh refer ke Youtube channel LiNa Pg

Monday, August 6, 2018

Cara Pantas Buat Mi Homemade Dalam Masa 3minit Sahaja

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Isnin..apa khabar semua..semoga ceria2 selalu.Sejak dua menjak ni rajin sungguh si LiNa Pg tu buat segala mak nenek homemade.Mi pun buat sendiri hahaa..Biasanya saya tunjuk2 ajer kat pasaraya.Tapi saya ni tak begitu mahir memilih mi yang elok.Kadang tersilap pilih dalam mi yang patah2 hancur dalam kuali semasa digoreng.Terus tak cantik hasil kejadiannya.Korang pernah tak terjadi macam tu?Rasa tu insyaaAllah sedap la kan kita yang masak dia...Itu baru fizikal yang hancur....Lagi tak bernasib baik kalau kandungan Asic boric yang agak tinggi..jenuhlah rendam atau sira dengan air panas..untuk hilangkan rasa kapur tu.Kalau lagi tak bernasib baik,terus sakit perut uhukkkkkk..tambah perut yang sensitif siket ni huhu..Sebab tu kalau kat rumah saya ni sangat jarang makan mi..paling kerap Bihun..Kalau mi kari pun, saya akan gantikan dengan spageti.
Panjang benar intro kali ni hahaa...
Point nak ceritanya LiNa Pg dah pandai buat Mi...yeayy...Mi homemade tau..Bukan goreng mi.Masuk tepung, masuk air..tunggu 3min dah keluar mi.Tapi tak boleh makan lagi.Kena rebus dulu jap..pastu olahlah nak buat apa..Mi Bandung ke Mi Kuah atau apa2 ajer...
LiNa Pg guna Pensonic Noodle Maker yang tayang 2-3ari lepas tu.Sangat membantu..Sangat mudah dan pantas...Makanan pun gluten free..lebih sihat..Kalau nak letak sayuran organik pun boleh..Kisar dan masukkan dalam tu.
 Eksaited sungguh masa tengok mi keluar dari nozzle tu hahaaa
Untuk first time try ni saya cuma buat resepi mi paling ringkas.Guna tepung gandum dan air jer.Takde telur atau minyak bagai.Simple jer.Step untuk buat Mi Homemade guna Pensonic Noodle House sangat ni
1-Masuk tepung
2-Tutup cover (wajib tutup sebab ada safety)tak tutup tak jalan haha
3-ON (select quick noodle) dan tekan Confirm
4-Nampak dia pusing jalan 5sec camtu..masuk air (dari tepi tu)
5-Tunggu jer mi keluar (lebih kurang3-4min camtu)

Haaaa...senang kan.Tu boleh nampak timer tu tunjuk 2.28sec masa dok tuang air
Ni lah hasilnya.Saya buat Mi Sup ringkas2 jer

Amacam teruja tak nak guna mesin ni...Jom beli.Harga pun sangat murah jer.Harga Pasaran RM599.Tapi sekarang masih lagi harga promo RM399 sahaja.Cepat tau..sebelum harga promosi tamat.Kat IG/FB ramau yang PM berminat nak beli dan dah ada yang beli pun.
Nak beli kat mana?klik sini
Ops..nanti dulu.Lepas ADD To Cart
Jangan Lupa masukkan code
Lina5PNM
Barulah korang boleh claim kitchen scale yang cantik ni...Tak guna code..korang tak dapat freegift tau
Noodle Maker ni bukan setakat buat Mi jer tau, boleh buat Muruku jugak (Ada kat YouTube LiNa Pg sinun)Kelmarin buat Laksa..Boleh check kat IG..kat blog nanti saya buat n3 lain.Kebizian sungguh
Beli tau...sangat berbaloi.Seronok pulak macam main playdoh dengan anak2..So excited hahaa

Friday, August 3, 2018

Sup Ayam Hatyai (Masakan Patani)

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni cuaca redup dan agak sejuk sepanjang hari.Bila dapat menikmati hidangan yang dapat memanaskan badan memang terasa segar bukan?Agak lama saya tidak memasak Sup Hadyai ni tak tahulah mana yang betul ejaannya Sup Hatnya ke Hatnyai...Tak apalah janji supnya sedap.Dah banyak jugak saya membuatnya.Cuma kali ini saya buat video sekali dan telah pun dii'upload' ke youtube.Kenapalah harini skema benar tulisan ni...Mungkin ada  sinar keinsafan mencintai Bahasa Melayu hahaaa.Sup Thai ni saya ambil dari myR (Terima Kasih Pyhonda)Walaupun banyak kali ulang siar tetap mahu petik nama tuan tanah.Mana boleh mengaku resepi sendiri kan.Walaupun dah olah serba siket.Sup Ayam Hatyai ni rasanya agak berempah, pekat sedikit, beraomatik dan sedapppp bila hirup.Rasa best dapat panaskan badan.Sup ni tak guna sup bunjut tau..Hanya guna rempah from the scratch..biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih.Kalau nak rasa kelainan..bolehlah mencuba untuk variasikan masakan keluarga.Okey jom kita semak resepi

SUP AYAM HATYAI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Youtube version https://www.youtube.com/watch?v=U8pff9wniVw
Bahan-bahan ( 3 orang makan ) 
Resepi di bawah berbeza sedikit dari video sebab dah terbiasa buat main agak3 ajer.Dan guna stok bahan yang ada kat rumah jer
Sebelah ayam dipotong-potong 
3 ulas Bawang putih (kisar)
5 ulas bawang merah (Kisar
5 biji cili padi 
4 cm halia ditumbuk lumat (kisar)
7 cm lengkuas ketuk utk pecahkannya 
5 batang serai ditumbuk untuk pecahkan 
2 sudu besar Ketumbar (kisar)
1 sudu kecil jintan manis (kisar)
1 sudu kecil jintan putih (kisar)
2 biji bunga lawang 
5 biji buah pelaga (skip)
3 ketul kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih(linapg xboh) 
daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri  
Karot dan kentang (linapg tambah) 
Tomato belah 4
1 biji jus limau kasturi
1 akar ketumbar

Cara-cara 
Tumiskan bawang putih, merah, halia, ketumbar, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi 
Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
Masukkan 5 cawan air dan akar ketumbar(masukkan kentang dan karot) dan biarkan sehingga menggelegak. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya. 
Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Masukkan buah tomato.Perahkan sedikit limau nipis. 
Sedia untuk dimakan dan dihirup.....aahh..sodapnya

Thursday, August 2, 2018

Sambal Sotong Sedap Dan Tips Supaya Sotong Tidak Kecut Setelah Dimasak

Assalamualaikum...
Seronok anak2 sekali sekala dapat makan sambal sotong.Aik kenapa sekali sekala sotong bukan mahal sangat pun huhu..Hurmm sebabnya si abah tak belikan hahaaa..Abahnya gout so seafood camni teramatlah jarang dibelinya.Tak tahulah apa mimpi tetiba beli sotong la..yang ada teloq pulak tu..Apa lagi teruslah buat sambal yang simple2 jer makan sama nasi panas memang sedap.Maisarah makan tak?huh..jangan harap..dia makan sup ayam.Bertabahlah mama.
Okeylah selalunya kalau kita masak sotong ni akan menjadi kecil bila dah masak.Kecut dan agak liat sebab dah overcook.So, bila masak sotong ni kena masak ngam2 jer...Macam mana nak tahu ngam2 plak kan?Okeylah kalau untuk buat sambal macam ni tips yang saya gunakan ialah...goreng atau masak sotong tanpa air atau minyak.Cuma panaskan kuali (Api besar) dan berasap tu masukkan sotong..biar sotong keluarkan air dia..dah nampak montok2 semua tu tutup api.Buat sekejap jer tau..Sotong halfcook jer.Itu jer petuanya.Lepas tu bolehlah dimasak mengikut resepi masing2.InsyaaAllah sotong korang menten jer gemuks2 hehee..Puas makan..Ada youtube tak?TAK DE tak dan nak rekod

Sambal sotong kuah pekat camni memang sedap memikat selera
SAMBAL SOTONG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
400g sotong (ikut tips LiNa Pg kat atas sinun)
1/2 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1/2 labu bawang besar (hiris)
3 sudu besar cili giling
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit gula merah 
Garam dan gula/perasa
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hiris hingga terbit bau dan sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan sedikit gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, garam dan gula/perasa.Sesuaikan rasa masam manis,masin dan pedas.
  5. Akhir sekali masukkan sotong.Masak sekejap jer sebab sotong dah separuh masak.Gaul rata dan tutup api.Sedia dihidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...