Kiriman Dari Lahad Datu - Terima Kasih Kak Amie (Amie Little Kitchen)

By LiNa_Pg - Sunday, November 27, 2022

 Assalamualaikum...

Hai semua beberapa hari tak bersiaran agak sibuk sedikit dengan hal keluarga.Hari Sabtu pun anak ada aktiviti di sekolah tak sempat nak jengok dapur maya nan satu ini.

Bingkisan dari Lahad Datu ni saya terima pada hari Jumaat lepas.Masa tengah pick up Maisarah dapat call dari gdex kata ada barang.Nasib baik abang long ada kat rumah dialah tolong ambilkan.Dah unboxing kiriman dari kak Amie snap gambar siap-siap.Hari ni baru berkesempatan untuk menulis dalam blog.Simpan kenangan pemberian sahabat blogger saya.Terima kasih kak Amie semoga dimurahkan rezeki selalu.

Mesti ada yang tertanya-tanya hadiah sempena apa ni ek?Sebenarnya ini hadiah untuk teka teki di blog kak Amie.Kak Amie minta teka harga buah rambutan dalam bakul yang dibeli dari rakan setugas beliau.Saya ni pulak kalau blogwalking (BW) ke rumah (blog) kawan-kawan selalunya saya akan tinggalkan komen.Memang begitulah kami ni blogger saling kunjung mengunjung dan saling komen untuk memeriahkan suasana.Saya cuma komen sekadar tinggalkan jejak bila BW.Tak sangka pulak kak amie buat teka teki tu ada hadiah yang disediakan.Dan inilah hadiahnya.
T-shirt TAWAU lembut je kainnya dan selesa 
ini pulak antologi anekdot.Antalogi cerpen la kot sebab kat dalam ada ramai penulis.
Siap ada autograf dari kak Amie...

Terima Kasih AMIE LITTLE KITCHEN

  • Share:

You Might Also Like

3 comments