gulai telur ikan mayong dan tips hilangkan hanyir dan telur cantik tidak pecah/hancur

By LiNa_Pg - Monday, March 27, 2023

 Assalamualaikum...

Bersiaran di hari Isnin, hari ini anak-anak dah bersekolah.Ambil kesempatan di waktu pagi yang agak lapang sedikit.Bila dah petang, bizi pulak nak memasak juadah berbuka puasa.Gulai telur ikan mayong atau ikan duri ni bukanlah menu berbuka di bulan ramadan ni tapi menu yang dah basi hehe.Telur ikan mayong ni saya beli yang frozen, beli dari kedai yang sama king crab dan snow crab tu.Kalau nak dapat yang fresh memang adak sukar sedikit tak tahulah sama ada telur ikan ni bermusim atau memang tak ada rezeki nak dapat yang fresh.Kalau yang fresh tu cantik siket warna oren-oren (jingga gitu)bila beli yang frozen dah kelabu asap hehe.


gulai telur ikan mayong, tips masak telur ikan mayong, tips telur ikan mayong tidak hancur, tips hilangkan hanyir telur ikan mayong, telur ikan mayong vs telur ikan duri, cara masak gulai ikan mayong,
gulai telur mayong ni makin lama jadi semakin pekat, jadi pandai-pandai adjust kepekatan kuah

gulai telur ikan mayong, tips masak telur ikan mayong, tips telur ikan mayong tidak hancur, tips hilangkan hanyir telur ikan mayong, telur ikan mayong vs telur ikan duri, cara masak gulai ikan mayong,
Telur ikan mayong ni baunya agak kuat dan memang kurang menyenangkan.Kalau menurut saya baunya seakan perut lembu yang belum diproses...haa gitulah lebih kurang.Tak pastilah sama ada yang fresh ada atau tidak sebab saya beli yang frozen.Sedikit tips (tips ni saya gugel je) rendam telur ikan duri/telur ikan mayong bersama asam keping dan air.Kemudian cuci bersih dan toskan.InsyaaAllah bau yang kurang menyenangkan tu akan dapat dikurangkan.Walaupun tak hilang 100% tapi kuranglah baunya.

gulai telur ikan mayong, tips masak telur ikan mayong, tips telur ikan mayong tidak hancur, tips hilangkan hanyir telur ikan mayong, telur ikan mayong vs telur ikan duri, cara masak gulai ikan mayong,

Satu lagi tips supaya telur tu masak sebiji-sebiji cantik bulat elok dan tak pecah.Kita rebus/celur sekejap telur ikan mayong.InsyaaAllah cantik hasilnya.Boleh tengok tutorial lengkap di YouTube saya...saya ada masukkan serai dan hirisan halia juga semasa merebus.Dah siap rebus kita cuci dan bilas bersih-bersih yang nampak putih-putih tu.Lepas tu bolehlah dimasak seperti biasa.Terpulang citarasa sama ada nak masak gulai/kari ikan mayong atau asam pedas atau apa sahaja resepi kegemaran masing-masing.Kalau buat masak lemak telur ikan mayong letak belimbing buluh pun sedap juga kan?


resepi gula telur ikan mayong
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
telur ikan mayong
air
asam keping/asam jawa

Tips hilangkan hanyir
Rendam telur ikan mayong ke dalam air berisi asam jawa atau pun asam keping.Rendam selama 30min.Kemudian bilas dan cuci bersih.

bahan B 
Hirisan halia
Serai
garam
Asam keping (linapg guna asam keping yang rendam tu, kalau nak skip pun tak apa)
air secukupnya

Cara-Cara
Satukan semua bahan ke dalam periuk dan tunggu hingga air mendidih.
Masukkan telur ikan mayong.Rebus/celur sekejap.
Angkat dan toskan.Bilas dan cuci bersih.ketepikan sebentar.
Note:
Tips supaya telur ikan mayong cantik sebiji-sebiji dan tidak hancur

bahan C (untuk gulai)
5 ulas bawang merah (kisar)*
2 ulas bawang putih (kisar)*
1 paket kecil rempah kari ikan*
5 ulas bawang merah (hiris/mayang)
2 ulas bawang putih (hiris/mayang)
1/2 cm halia (hiris/mayang)
sedikit halba campur
daun kari
1 asam keping
garam dan perasa
300ml santan
Air secukupnya
sayur bendi
cili padi merah dan hijau
minyak

Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda * iaitu bawang merah,bawang putih kisar bersama serbuk kari dan bancuh bersama sedikit air menjadi pes kari yang pekat.Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih, halia, halba campur, dan daun kari.Tumis hingga garing dan masukkan bancuhan serbuk kari+bawang.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan asam keping, garam dan perasa.kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan santan, kemudian masukkan air secukupnya (bergantung kepekatan kuah yang disukai).Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan telur ikan mayong yang telah direbus tadi dan bendi.Tutup periuk dan biarkan bendi lembut sedikit.
  4. Tempoh memasak telur ikan mayong bergantung selera masing-masing kalau suka yang betul-betul masak, masak lama sedikit.Saya suka yang lembut meletup-letup masa makan, saya lemak-lemak gitu.
  5. Akhir sekali masukkan cili padi merah dan hijau untuk hiasan.Tutup api dan gulai ikan mayong sedia dihidang.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Dah jarang2 jumpa telur ikan mayung yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wak, telur ikan mayong pun dah jadi barang rare

      Delete