Tuesday, July 9, 2013

Daging Sekilo Bawang Sekilo...Lagi

Assalamualaikum...
Terjebak sudah dengan keenakan Daging Sekilo Bawang Sekilo (DSBS) ni.Okeylah buatkan ajerlah sebelum posa ni, lagipun senang jer cuma perlukan sedikit kesabaran untuk tggu bawang hancur.
Kali ni saya tak buat ketupat, rasanya malas beno nk membalutnya.Untuk jalan pintas kami makan ngan lemang.Kira spesel gak kan ala-ala menu raya gitu ahaks..TAPI lemang segera ajer.Beli yang nona punya dalam pack tuh.Ikut jer arahan kat belakang plastik tuh dah siap.Bila makan ngan hurmmm..ketupat daun pisang jauhhhhhh lagi sedap dari lemang pasang siap ni.Takpolah...dah malas nk buat kan...makan ajerlah..
 Sedap..Daging Sekilo Bawang Sekilo.Sapa tak buat rugi taw..Tak cuba tak taw keenakannya..
Kali ni sy gunakan santan kotak ajer, kurang berminyak sket..tp rasa menten sedap

RESEPI DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Sumber : Kak Amie
Sumber2: LiNa Pg

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging (potong kecil-kecil)
  • 500ml  santan cair (Lina pg guna air jer-tambah ikut suka)
  • 250ml santan pekat
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan dan cincang
  • 1 kg bawang besar (potong kasar-kasar)
  • 13 biji cili merah (potong nipis-nipis)
  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 2cm halia (tumbuk)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam & gula / perasa pilihan
  • 2 batang serai titik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
  • minyak
  • 1 sudu teh pati asam jawa (Lina pg guna 5 asam keping)
  • 40g kerisik (Lina pg tambah rcp asal tadak)
Cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan lada merah dan terus kacau hingga layu.
  3. Masukkan daging dan bawang. Biarkan hingga daging layu.
  4. Gunakan api besar supaya bawang dan lada segera hancur.
  5. Kemudian masukkan 500ml santan cair (lina pg masukkan air jer) dan perlahankan api. Tutup kuali.
  6. Setelah kuah hampir kering dan bawang serta lada menjadi hancur, masukkan pula santan pekat serta garam dan gula / perasa pilihan serta pati asam jawa dan kerisik.Gunakan api perlahan.
  7. Kacau selalu supaya sebati dan tutup api setelah  kuah pekat dan terbit minyak.
  8. Daging sekilo bawang sekilo siap untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi himpit / ketupat / roti dll.
Esok kite semua akan mula berpuasa.Dikesempatan ini juga saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa .Semoga kedatangan bulan yang mulia ini kita semua mendapat rahmat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
 * * * SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA * * *

10 comments:

Cida de' Nuanza said... Balas

selalu sgt nampak menu ni dlm blog kekawan..tp lom penah cuba
mcm nk kena masuk list je ni...

mama sara nur said... Balas

selamat berpuasa Lina
wah sedap wat cicah lemang nanti tu
daging sekilo bawang sekilo he hee uniknya

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

lama dah simpan resepi ni ambil dari amie... harap2 bln puasa ni blh try... itupun kalau en. abe beli stok dagingla.. hihi.. dah lama tak msk daging.. en. abe nk pantang mkn sikit katanya..

tun_telani said... Balas

Selamat berpuasa kak lina.. semoga ramadhan ini lebih mendekatkan kita kepadaNya.

power merah said... Balas

Assalam, sedap dgbs ni, nasib baikakk pernah buat dapat la merasa. Mesti takleh nak lawan ngan ketupat buat tu, yg segera mana best heheh.

Selamat berpuasa adindaku

Cik Ani said... Balas

klu tak mendurhaka tak sahh..haaahaaa....ada ja dia nak add on,janji mabeles! Likeee!!!!

cuba memasak said... Balas

Assalamualaikum kak.. done follow your blog..sume resepi kat sini sume sedap..mohon izin nak masak ikut resepi ni ye

Kenari Putih said... Balas

Lina pg, rcp tu apa? Teringin nak tempah kek la. Sy keja kat usm sg.2.

LiNa_Pg said... Balas

@Kenari Putih
rcp=resepi hehe..
Nk tempah kek boleh e-mail kat saya, Kalau nk order untuk raya kena gtau cepat2 sbb saya nk ttp order dah.Takut tak sempat

LiNa_Pg said... Balas

@Kenari Putih
rcp=resepi hehe..
Nk tempah kek boleh e-mail kat saya, Kalau nk order untuk raya kena gtau cepat2 sbb saya nk ttp order dah.Takut tak sempat

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...