Resepi Nasi Ayam Mudah

By LiNa_Pg - Tuesday, July 02, 2013

Assalamualaikum...
Salam siaran selepas 2-3ari menyepi.Hari ni saya nk kongsikan Resepi Nasi Ayam yang sangat ringkas.Kita wat yang senang2 dulu..pasni baru cari resepi yang spesel pulak hihi.Ekceli sy pernah buat dulu masa baru berjinak ngan myR.Memang sedap dan senang.Kiranya sekali harung jer menu.Meh kita semak resepi.Resepi kat bawah ni saya dah simplify supaya senang korang nk rujuk, versi asal sila klik pada link tuan tanah kat myR tuh.

Simple jer..pic pun amek ngan henpon jer ni..Anak saya suka drumstick yg seketul camni.Kalau potong tak jadi drumstick kata depa haha

RESEPI NASI AYAM MUDAH.
Rujukan : MyR (nadia)
Sumber : LiNa Pg

BAHAN-BAHAN
SUP

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
  • 1 sup bunjut
  • 2 sb mentega/minyak
  • 1/2sk serbuk lada putih (LiNa Pg tak letak)
  • 1/2 inci halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis (LiNa Pg tambah rcp asal tadak)
  • 1 kuntum bunga lawang (LiNa Pg tambah rcp asal tadak)
  • 2 kiub ayam maggie
Cara-Cara:
  1. Panaskan mentega, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk kecutkan ayam.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi)
  3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam.
  4. Masak hingga ayam empuk.
AYAM
Bahan-Bahan:
  • 12 ketul ayam (dari sup)
  • 2 sb kicap pekat manis (boleh tambah/kurang)
  • 2 sb sos tiram (boleh tambah/kuranf)
  • 2 sb madu
CARA:
  1. Keluarkan ayam dari sup.Perap ngan semua bahan.(Perap selama 30min)
  2. Goreng secara deep fry. (Goreng sekejap jer sebab ayam dah masak).Angkat dan toskan
NASI
Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras
  • 4 cawan sup
  • 2 helai daun pandan simpul
  • Kunyit/kaler kuning (jika suka)
Cara:
  1. Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa
KUAH KICAP
Bahan-Bahan:
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/mayang)
  • Lebihan jus perapan ayam (pas goreng jgn buang bahan perapan tuh)
Cara-Cara:
  1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam.Tumis sekejap.
  2. Tambah 1 cawan sup ayam.
  3. Boleh tambah kicap, sos tiram (jika suka)
SOS
Bahan-Bahan
  • 1 ulas bawang putih (blend)
  • 1 ulas bawang merah (blend)
  • 5 biji cili merah (blend)
  • 1 biji tomato (buang biji-blend)
  • 1sb cuka
  • 1 cawan sup ayam
Cara-Cara:
  1. Satukan semua bahan dan dimasak atas api sekejap.Dah siap
******************************************************************
selit RVC kemarin nyer order hihi...

  • Share:

You Might Also Like

19 comments

  1. @Qashmere
    Haha..simple dan sedap..
    Tak rajin tara mana pun..

    ReplyDelete
  2. da lama nak buat nasi ayam...tp x terbuat gak kak...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. @Asyifa Mustaffa
    Akak pun lamaaaaa dah tak buat..selalu makan kat kedai jer.
    Walaupun senang tp malas mengatasi segalanya haha

    ReplyDelete
  4. Che Mid amat jarang buat nasi ayam.. entah, rasa macam susah dan leceh. Tapi bila tengok resepi ni macam simple je kan...maaf dari che mid sebab lama tak singgah sini..

    ReplyDelete
  5. @che mid
    Ada gak rcp yg susah,tp saya lebih suka yang paling senang dan rasa setanding ngan cara susah

    ReplyDelete
  6. hai..salam kak..

    nasi ayam ni memang kegemaran ramai..sedap dan x jemu makan..

    ReplyDelete
  7. Tingin pulak nk buat nasi ayam tgk post kak hana ni..sy prnh buat bbrp kali..tp xbrp pndi..kurang mabeles..nk try lg la.

    ReplyDelete
  8. assalam Lina
    nasi ayam hidangan wajib akak di hari sabtu he hee memang kesukaan 2 anak dara akak tu
    makan ulang2 sampai ptg
    nak try resepi Lina nanti tqqqqqq sharing

    ReplyDelete
  9. Sorry kak lina..silap taip..daa..jgn mrh yea kak lina..peace..

    ReplyDelete
  10. Nasi aym fav zila ne lina..sedapnyee.m

    ReplyDelete
  11. Adoiiii nasi ayam pun dh lama juga tak buat ni, kesukaan anak2 juga ni, byk nak kena buat, tgk bulan posa la kalo rajen heheh, semua bulan posa je nak bu8at.

    ReplyDelete
  12. Bestnya...dkt setahun tak buat nasi ayam nih...

    ReplyDelete
  13. Waa..tgk sj pun dah tau sedap..yummy!! kn try masak la ni,huh..btw, kek Red Velvet tu sungguh cunn..keluaq air lior..

    ReplyDelete
  14. Salam..maaf menyelit..kalau ada masa boleh lah singgah page saya..

    saya ada menerangkan produk shaklee..tq :-)

    http://pencariketenangandisana.blogspot.com/2013/11/set-kurus-shaklee-yang-meletop.html?m=1

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

    ReplyDelete
  16. dah try resepi ni. memang sedap. mcm xpecaye leh masak nasik ayam sedap macam tu. hihi. husband pon puji. mekasih

    ReplyDelete
  17. waa. saya mmg peminat nasi ayam.
    Bole try tengok resepi nasi ayam saya pulak
    sharing is caring
    http://www.chekuseeha.com/nasi-ayam-bonda.htm

    ReplyDelete