Friday, July 12, 2013

Resepi Puding Sagu Gula Melaka

Assalamualaikum...
Dah tiga hari kite semua berpuasa, arini baru berkesempatan untuk update blog...Walaupun sepi tanpa n3 terbaru tapi TMK tetap menerima kunjungan di luar jangkaan.Terima kasih buat semua tetamu kehormat TMK.Juga terima kasih buat kongsi resepi yang menaikkan trafic blog suam2 kuku ni.
Okey berbalik kepada tajuk n3 arini Puding Sagu Gula Melaka ni sebenarnya saya buat pada hari pertama berbuka puasa.Agak terlewat sket untuk n3.Tapi tak mengapa saya paparkan juga supaya dapat memberi sedikit idea kepada ibu2 untuk menyediakan juadah berbuka petang nanti.Agak mudah dan yg pasti sangat sedap (pada tekak kami sekeluarga).Sebelum ni saya pernah buat tp mengguna resepi yang berbeza.Bleh tengok SINI dan juga SINI.
Wat kaler maler bagi nampak meriah sedikit hehe.Berminat??Jom kite semak
Sedap ni, makan pas didinginkan..nyaman n lembut jer..Terasa lemak manis nyum2..

RESEPI PUDING SAGU GULA MELAKA
By : LiNa Pg

Bahan (Puding Sagu)
  • 1 cawan sagu kecil
  • 3 cawan air 
  • 3 sb gula
  • 2 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi
  3. Kacau2 selalu supaya tidak berkerak.Jika air hampir kering tp sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air (sket jer taw..kang byk sangat jadi lembik lak)
  4. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula.Tutup api.
  5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kaler peberet masing2.Kacau menggunakan garfu.Masukkan ke dalam acuan/loyang.Sejukkan
Untuk Manisan (Gula Melaka)
  • 1 ketul gula nipah
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
Cara-Cara:
Satukan suma bahan, masak hingga gula larut dan agak pekat.Tutup api, tapis dan sejukkan.

Note:
Untuk menghidang, keluarkan puding sagu dari acuan.Kalau menggunakan loyang potong kecil2 supaya senang nk makan.Curahkan santan/susu cair dan sirap gula melaka.
LiNa Pg hanya menggunakan susu cair sebagai bahan pelemak dalam puding ini.Kalau ingin resepi santan, kena gugel pada sumber lain.

sangat membanggakan saya.Trafic TMK naik mendadak pada bulan puasa ni.Biasa2 tuh dalam 1k-2k sahaja. Tp 2-3 ari ni naik hingga 4k lebih untuk unique visitor.Kalau page view tu hingga 12000 untuk kemarin sahaja.Alhamdulillah

9 comments:

Asyifa Mustaffa said... Balas

sy pun x penah mis lgi buat dezet ni time bulan pose...sedapkan...
ya..trafik naik..bln pose ni...alhamdulillah....orng cbuk duk gugel resepi gamaknya kak...:-)

Cida de' Nuanza said... Balas

menariknya warna warni...

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam selamat berpuasa. TMK dh tak suam2 kuku dh, kira terhangat di pasaran dh ni heheh, alhamdulillah makin fofular dh TMK.

Bestnya sagu ni, akk belum pernah cuba lagi, kalo nak buat kena ada kuih lain takut bdk2 tak mkn, sedapnya

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Dessert ni memang sesuai sangat wat time bulan posa ni kan?nyaman jer..
Ha.ah cr rcp la gamaknya ramai2 tu

LiNa_Pg said... Balas

@Cida de' Nuanza
Kaler maler bagi memikat selera anak2 hehe

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm...Alhamdulillah...semakin ramai yg berkunjung ke TMK.Kalau suma2 yg ramai tuh pakat klik iklan kan..masyuk gak sket heheh

tun_telani said... Balas

sedapnyer mkn sejuk2. mmg ni puding biasa yg dibuat bulan puasa nih..

inahar ali said... Balas

salam ramadhan wat lina sekeluarga ye! nyamannye kalu dpt semangkuk puding sagu tuh..nom..nomm!!

Cik Ani said... Balas

yumm..yumm..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...