Resepi Sambal Pauh Ikan Kering/Sambal Mangga Muda

By LiNa_Pg - Wednesday, April 23, 2014

Assalamualaikum...
Hari ni layan menu nostalgia...sambal pauh...hurm tak kenal ya buah pauh tu apa?Kalau kat Klate kami panggil pauh ringan yg kecik2 tu kulit kaler ijo...nama komersial mempelam/mangga muda..Sekarang ni memang musim buah mangga ni.Tengok tepi2 jalan pun sangat lebat berbuah.Sesiapa yg ada tanam tu, bolehlah petik dan cuba resepi..insyaaAllah sedap..makan ngan ikan goreng dan nasi panas memang layan abes...Buah mangga ni saya petik segar dari ladang  hasil penat lelah menapak ke pasar malam hihiiii...tunjuk jer terus dapat hasil kikiii..Beli pun 3 biji jer..hasilnya dapat la semangkuk kecil sambal pauh ni...Alhamdulillah..anak2 juga makan..(anak2 ya..maksudnya 2orang jer..dak maisarah jangan harap laaa).
Jom semak resepi

 Kalau dapat sambal pauh ni, makan ngan nasi panas memang tak sedar dah makan 2pinggan..Kalau nak berdiet tu kena cari menu lain hihiiiii

RESEPI SAMBAL PAUH IKAN KERING
Sumber : Dedaun Alam (Refer sini untuk step by step)

Bahan-Bahan (Tiada sukatan)
  • Ikan kering (LiNa Pg gn isi ikan talang masin)
  • Cili padi
  • Buah pauh (mangga muda)
  • Garam
  • Gula
Cara-Cara:
  1. Ikan kering dicuci bersih, goreng hingga garing.Kalau ikan kering biasa, ambil isinya sahaja
  2. Buah pauh/magga muda dikupas kulit dan dicincang halus/sagat
  3. Tumbuk isi ikan kering hingga halus, masukkan cili padi, tumbuk hingga hancur.
  4. Masukkan buah pauh/mangga muda yg telah dicincang.Tumbuk bersama ikan kering dan cili padi.
  5. Masukkan garam dan gula.Sesuaikan rasa.Dah siap.

Nak gak posing dalam pinggan antik hihiiii.sambal sket jer...boh dalam pinggan besar gedabak..nampak seciput jer kikiii

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. salam

    sedap kan...adda pun dah try tp versi takde ikan kering la...

    ReplyDelete
  2. sedapnyee..selalu buat tapi xpenah buat dengan ikan masin..nak kene try ni..layan ngan nasi panas2 mesti best..

    ReplyDelete