­
­
2024 - TERATAK MUTIARA KASIH
Mee

Mi Bakso Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, November 08, 2024
 Assalamualaikum...Lama tak bersiaran di dapur maya nan satu ini.Sebenarnya sudah lama sangat saya buat Bakso ni rasanya sempena raya haji lagi.Haaa sekarang dah masuk bulan November baru hegeh-hegeh nak masukkan dalam blog TMK, agaknya kalau tak ada video youtube memang saya akan lupa bahan apa yang dimasukkan ke dalam resepi ini.Mujurlah sudah ada rujukan kat sana, senang cuma salin semula ke sini aje.Kalau...

Continue Reading

  • Share:

Resepi Kuih Nagasari Pisang Sukatan Cawan

By LiNa_Pg - Friday, September 06, 2024
 Assalamualaikum...Kuih Nagasari ini sudah lama saya buat, sebenarnya resepi kuih nagasari bukanlah termasuk dalam list kuih kegemaran atau wishlist pun, ianya sekadar bidang terjun dan terbuat tanpa sengaja.Kisahnya semasa kami balik kampung ada pisang yang tak berapa nak tua tapi agak layak untuk ditebang kerana pokok seakan mahu tumbang.Adik saya cakap, tebang ajelah dan bawa balik ke Penang.Apa lagi en suami terus la...

Continue Reading

  • Share:

Takluk : Lahad Datu Review Jujur

By LiNa_Pg - Thursday, September 05, 2024
 Assalamualaikum...Hari Isnin lepas kebetulan en suami bercuti (replacement untuk public holiday) dan anak pulak ke sekolah.Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk menonton wayang Takluk Lahad Datu.Kalau kebiasaannya kami akan menonton sekeluarga tetapi disebabkan filem ini ada scene yang agak mengerikan jadi kami pergi berdua sahaja.Untuk filem Sheriff walaupun berada dalam katogeri 16+ kami tetap membawa dak Maisarah bersama.Cuma yang ini kami cuma berdua.Takluk...

Continue Reading

  • Share:

Resepi Agar Agar Sirap Merah Tips Agar-Agar Berkilat Dan Kurang Berair

By LiNa_Pg - Sunday, September 01, 2024
 Assalamualaikum...Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di bulan September, begitu cepat masa berlalu.Doakan saya semoga terus rajin update blog TMK ini.Kelmarin cuti public holiday, bila tengok statistik blog wah meriah pulak tetamu TMK bila tengok angka ribuan tetamu TMK rasa seronok dan bersemangat untuk terus menulis dan update blog.Resepi saya masih banyak tertangguh dalam folder dan resepi hari ini iaitu agar-agar...

Continue Reading

  • Share:

Ayam Masak Kicap Berempah

By LiNa_Pg - Saturday, August 31, 2024
 Assalamualaikum...Hai semua, selamat menyambut hari Merdeka buat semua.Pagi ini saya menulis dengan cuaca sejuk nyama kerana hujan lebat membasahi bumi.Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang terlibat dalam perbarisan Hari Kebangsaan.Bagi ibu-ibu yang tidak ke mana-mana, saya sediakan satu resepi masakan ayam yang mudah iaitu ayam masak kicap berempah.Kalau di rumah saya ini ayam masak apa sekalipun mesti laku keras.Biasanya saya buat ayam masak...

Continue Reading

  • Share:

Udang Goreng Halia

By LiNa_Pg - Friday, August 30, 2024
 Assalamualaikum...Kembali bersiaran di pagi Jumaat, apa khabar semua?Pagi ini cuaca cerah di tempat saya, Alhamdulillah semoga pakaian di jemuran akan cepat kering.Bagaimana dengan ibu-ibu, mama, umi di luar sana dah ada idea untuk lauk tengah hari nanti?Kalau belum ada, apa kata cuba udang goreng halia ini memang sangat sedap.Selera saya sekarang ni lebih suka lauk-lauk kering macam ini.Tetapi sekali sekala tetap buat juga...

Continue Reading

  • Share:

Singgang Tulang Merah Kelantan

By LiNa_Pg - Tuesday, August 27, 2024
 Assalamualaikum...Pagi ini ditemani hujan lebat membasahi bumi, semoga hujan ini memberi rahmat kepada kita semua.Hujan-hujan dan cuaca sejuk sebegini memang sangat sesuai kalau kita masak atau makan lauk jenis berkuah dan panas-panas seperti sup atau singgang.Okey hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang mudah dan sedap cuma mengambil masa yang agak lama untuk empuk/masak.Masak singgang ini kita cuma perlu reneh je hingga...

Continue Reading

  • Share:

cucur kentang rangup

By LiNa_Pg - Friday, August 23, 2024
 Assalamualaikum...Pagi Jumaat yang penuh berkah dilimpahi hujan rahmat, terasa sejuk dan nyaman.Cuaca sejuk-sejuk macam ini memang sesuai sangat kalau makan cucur panas-panas.Kalau kat rumah saya ini kentang memang sentiasa ada stok, sebab selalu guna dan masukkan ke dalam masakan, tak kiralah kari/gulai, sup atau masakan kurma.Pendek kata kentang dan bawang memang kawan baik.Apabila saya dan suami ke pasar raya bila tengok kentang cantik-cantik...

Continue Reading

  • Share:

Resepi Kuih Seri Muka Tanpa Telur Lembut Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, August 22, 2024
 Assalamualaikum...Kuih seri muka memang kegemaran ramai ada yang suka telur dan ada juga yang alergi dengan telur.Kalau di Youtube banyak permintaan supaya saya buatkan resepi kuih seri muka tanpa telur.Kebanyakan dari mereka yang vegetarian dan juga golongan yang alah kepada telur.Bagi saya sendiri pula memang suka yang ada telur sebab lebih berlemak dan tektur bahagian atas (hijau) akan lebih lembut dan nampak gebu.Saya...

Continue Reading

  • Share:

Kuih Tepung Kapur Mudah Dan Sedap | kuih tradisional kelantan dan terengganu

By LiNa_Pg - Tuesday, August 20, 2024
 Assalamualaikum...Sekali pandang kuih tepung kapur ini seakan kuih kaswi tetapi bukan ya.Cara pembuatan dan tektur tidak sama.Kalau kuih kaswi tektur lembut bergedik manakala kuih tepung kapur pula lebih keras.Kuih tepung kapur secara tradisional dibungkus dengan daun pisang atau plastik makanan tahan panas dan diikat kemas kemudian rebus hingga masak.Setelah itu ianya harus dipotong nipis-nipis, kemudian gaul bersama kelapa parut.Ada juga sesetengah resepi yang menggunakan kaedah...

Continue Reading

  • Share:

Ayam Masak Singgang

By LiNa_Pg - Thursday, August 15, 2024
 Assalamualaikum...Kalau kat rumah ini memang menu ayam akan mendominasi carta la.Hampir setiap hari wajib ada menu ayam.Kalau buat lauk lain contohnya udang, lauk sotong ke mesti ada juga ayam goreng.Kira tak lengkaplah hidangan tanpa ayam.Kalau dulu masa anak-anak saya masih kecil apabila mama masak lauk lain (selain ayam) boleh pulak mereka bertanya oh hari ni takde lauk eh (lauk tu maksudnya ayam)Jadinya haiwan...

Continue Reading

  • Share:

Ayam Goreng Cili Padi Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, August 14, 2024
 Assalamualaikum...Kembali bersiaran dengan resepi baru, untuk hari ini saya nak kongsikan idea lauk tengah hari iaitu ayam goreng cili padi atau ayam berlada.Kalau ada anak-anak kecil yang tak makan pedas boleh gantikan dengan cili merah besar dan kisar kasar-kasar sahaja.Resepi ini sebenarnya sudah agak lama saya post ke YouTube jadinya nak mengarang cerita pun terasa sudah 'basi' Tak apalah kita terus sahaja ke resepi...

Continue Reading

  • Share:

Telur Bistik Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, August 09, 2024
 Assalamualaikum...Kembali bersiaran di petang Jumaat.Posting pertama di bulan Ogos.Hari ini kita mulakan dengan resepi simple dan mudah sahaja iaitu telur bistik.Telur bistik ini selalunya dibungkus atau nama lain telur bungkus ada isi ayam atau daging di bahagian dalam, tetapi kita buat versi mudah sahaja iaitu tuang inti ke atas telur dadar.Ada juga telurnya tetapi tidak dibungkus, senang keje.Resepi telur bistik ala thai simple...

Continue Reading

  • Share:

Ubi Tonyoh Menu Popular Musim Hujan

By LiNa_Pg - Wednesday, July 17, 2024
 Assalamualaikum...Kembali bersiaran di pagi Rabu.Apa khabar semua pengunjung blog TMK?Semoga semuanya baik-baik sahaja.Tengok pada tajuk mesti semua sudah dapat menjangkakan bahawa resepi hari ini sememangnya sudah lama tersimpan dalam folder.Sebenarnya Tonyoh ubi atau ubi kayu tonyoh ini saya buat semasa musim hujan atau musim banjir iaitu sekitar bulan November-Disember tahun lepas.Asyik tertangguh je untuk update dalam blog TMK.Kuih tradisional nan satu ini agak...

Continue Reading

  • Share:

Ayam Gajus Simple | ayam kung pao

By LiNa_Pg - Thursday, July 11, 2024
 Assalamualaikum...Selalunya kalau ke Padang Besar (Perlis) atau balik kampung, saya akan beli gajus yang siap bakar/panggang.Gajus ini asal nampak je mesti beli, kadang-kadang makan gitu aje sebagai snek.Kalau dahulu saya agak rajin juha buat nasi berperisa tetapi sekarang tak tahulah kenapa jadi tak begitu rajin, asyik makan nasi putih je kecuali masa raya je la ada nasi berperisa.Memandangkan stok gajus sentiasa ada dalam...

Continue Reading

  • Share:

Ayam Goreng Halia Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, July 10, 2024
 Assalamualaikum...Selamat pagi semua, bersiaran di pagi Rabu, sudah ada idea ke untuk memasak lauk tengah hari nanti?Jika belum ada, apa kata cuba ayam goreng halia ini.Resepi sangat mudah dan cepat disediakan.Ayam goreng halia ini lauk kering-kering sahaja bukan jenis berkuah.Kalau saya, suka sangat letak halia banyak-banyak.Bila nak makan kutip halia tu terasa panas badan.Ayam goreng halia ini resepi mesra kanak-kanak sebab tak pedas...

Continue Reading

  • Share: